Anak perempuan pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Dzahira Thalita Zahra, 13, gagal tahan air mata selepas membaca komen-komen segelintir pihak yang mengkritiknya.
Menerusi sebuah video dimuat naik di platform TikTok, Thalita berkata individu tersebut mengecam vokal nyanyiannya, selain turut mendakwa bapanya itu mahu ‘menjual’ anak gara-gara bisnes dituduh tidak laku.
“Talita, kenapa you berhenti berlatih? Orang mengata you ke, dia cakap apa?,” soal Shuib.
“Dia cakap pasal daddy dengan Dekta (panggilan Talita) suruh fokus belajar.. Orang cakap pasal saya, kata acah-acah nak jadi artis.. dia kata saya nyanyi tak bagus,” katanya sambil mengalirkan air mata.
Susulan itu, Shuib dengan lembut memberi kata-kata semangat untuk anaknya itu agar menghiraukan segala kritikan netizen, sebaliknya dia perlu memberi tumpuan kepada latihan nyanyian.
“Janganlah sedih, kita malam ni nak nyanyi secara langsung, kita nak kena launching produk orang. Tak bolehlah macam ni.
“Kita teruskan berlatih ya, daddy percaya ramai orang akan beri sokongan kepada awak,” katanya.
@shuibsepahtu Tak semua hari kita indah,ada hari yg kita akan bersedih sayang.Takpe,insyaAllah kita jalan je,kita buat je keje kita.Yang komen tu pon fake account,klu btol nak nasihat DM la,tak pon ckp la depan2,baru la kena cara.Takpe Thalita,insyaAllah akan ada yg support Thalita ok.Korang masok Live Thalita mlm ni ok,support tau,kita jumpa 8.30 mlm dkt Live Tik Tok sy.Dah Thalita,jgn nangis,moving farward,kita ada byk keje nak buat lagi 😄 @Thalita_Shuib @ayunieso24
Artikel Berkaitan: Dipulaukan Rakan-Rakan Sekolah Selepas Terkenal, Thalita Anak Shuib Pelik Ada Yang Cemburu
Artikel Berkaitan: Terima Komen Kasar, Shuib Didakwa ‘Jual’ Anak Demi Raih Populariti – “Saya Bapa, Mesti Nak Tengok Dia Berjaya”