Penyanyi Wanita Ini Lakukan Aksi ‘Panas’ Di Dataran Labuan Teruk Dikecam Ramai! | Oh! Media

Penyanyi Wanita Ini Lakukan Aksi ‘Panas’ Di Dataran Labuan Teruk Dikecam Ramai! | Oh! Media

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tindakan seorang penyanyi wanita yang didakwa berkelakuan tidak senonoh ketika membuat persembahan di Dataran Labuan.

Seorang individu di Facebook meluahkan rasa sedih selepas melihat golongan belia terkinja-kinja mengikut gaya selebriti tersebut.

Sangat mendukacitakan apabila melihat foto tersebut. Dalam kiriman gambar jelas menunjukkan golongan belia terikut dengan salah laku artis tersebut.

Penganjur dipersoalkan

Bukan tu jer, individu tersebut turut mempersoalkan keputusan penganjur yang memilih artis berkenaan untuk program tersebut.

Kenapa artis kontroversi ini menjadi pilihan penganjur? Tiada ke artis lain yang lebih sopan dan boleh jadi contoh kepada anak-anak muda?

Menurutnya, tindakan menjemput artis sebegini boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat, tambah lagi buat anak muda Islam di Labuan.

Netizen beri teguran

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen turut kecewa dengan tindakan pihak penganjur yang dianggap kurang sensitif dalam memilih artis jemputan.

Ada juga yang menyeru agar pihak bertanggungjawab lebih bijak dalam memilih selebriti untuk acara hiburan di masa hadapan.

#OhmediaNasihat

Sebagai penganjur, pemilihan artis seharusnya dilakukan dengan lebih berhati-hati agar tidak menimbulkan kontroversi atau memberi pengaruh negatif kepada masyarakat. Hiburan itu penting, tetapi biarlah seimbang dan sesuai dengan norma budaya serta sensitiviti rakyat.


Scroll to Top