KUALA LUMPUR : Penerbit dan pengarah terkemuka tanah air, Michael Ang, menyifatkan tindakan sekumpulan pempengaruh yang memalsukan kisah kehilangan rakan mereka di hutan Indonesia baru-baru ini sebagai satu perkara tidak bijak.
Menurut Michael, perbuatan itu juga umpama memalukan negara kerana kumpulan pempengaruh terbabit seolah-olah tidak bertanggung jawab dengan tindakan dangkal yang dilakukan.
Malah, kata Michael, permohonan maaf juga tidak mencukupi memandangkan perbuatan mereka telah memalukan dan mencemarkan nama baik negara.
ââThese idiotsâ dah memalukan Malaysia, nak buat content pun tak akan lah sampai buat âhoaxâ (menipu).
âMana otak? Dah buat salah sekadar minta maaf? Maaflah, bapa-bapa(anggota) polis Indonesia, sila sumbat mereka dalam penjara ya, kasi ajar sikit,âtegasnya.
Dalam masa yang sama, pengarah filem Mr Hiragiâs Detention Class ini turut menggesa pihak kerajaan Malaysia menahan kesemua pempengaruh itu apabila pulang ke Malaysia.
Malah, Michael turut memohon Kementerian Komunikasi untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesemua pencipta kandungan tersebut yang sanggup menyebarkan berita palsu demi meraih penonton dan pengikut di media sosial.
âKerajaan Malaysia sila tahan mereka bila balik sini. Dah buat satu Malaysia malu ini, agak-agaklah nak buat duit dan tambah pengikut.
âTiba masanya Kementarian Komunikasi ambil tindakan terhadap orang-orang yang buat berita palsu macam ini,âkatanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Michael yang menganggap kesemua pempengaruh itu telah memalukan negara.
Terdahulu, pempengaruh dikenali sebagai Eyka telah ditemukan selamat pada malam Rabu selepas dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia.
Walau bagaimapun, penyanyi rap terkenal iaitu Caprice kemudiannya mendakwa kejadian itu adalah rekaan semata-mata selepas penyanyi itu dimaklumkan oleh pihak agensi yang mengatakan bahawa insiden tersebut adalah palsu.
Tampil mempertahankan diri, Ammar Nazhan menafikan dakwaan tersebut dan meminta segelintir individu untuk berhenti menyebarkan tangkap layar perbualan mereka yang dikhuatiri boleh mengelirukan warganet.
Bagaimanapun, spekulasi tersebut terjawab selepas Polis Indonesia mengesahkan konten yang dilakukan Ammar Nazhan itu adalah lakonan dan rekaan semata-mata.