Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program asasi, sijil, diploma, dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka.
- Fasa Pertama: 10 Februari – 14 Mac 2025
- Fasa Kedua: 14 April – 18 Mei 2025 (hanya untuk program tanpa temu duga dan ujian)
Permohonan ini dibuka untuk 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti, dan dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
Siapa boleh memohon?
Menurut laporan Harian Metro, permohonan terbuka kepada lepasan SPM dan STPM atau setaraf untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
- Lepasan SPM: 350 program pengajian ditawarkan
- Lepasan STPM/setaraf: 1,131 program pengajian ditawarkan
Cara membeli nombor pin UPUOnline
Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mendapatkan Nombor Pin UPUOnline® yang boleh dibeli melalui:
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Mesin ATM BSN
- Perbankan Internet myBSN
Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dilakukan mulai 9 Februari 2025. Pastikan anda menyimpan slip pembayaran sebagai bukti pembelian.
#OhmediaNasihat
Jangan tunggu saat akhir untuk memohon! Pastikan anda membaca syarat kemasukan, memilih program yang sesuai, dan mengisi maklumat dengan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah. Semoga berjaya!