GrabFood 5-Star menampilkan makanan tempatan yang ADA KICK™

GrabFood 5-Star menampilkan makanan tempatan yang ADA KICK™

Di sebalik setiap hidangan yang lazat, terdapat peniaga yang berusaha keras untuk menawarkan hidangan yang terbaik. 

Melalui kempen ADA KICK™ yang diusahakan GrabFood bersama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), peniaga kecil tempatan diberi peluang untuk berkembang dan lebih dikenali ramai. 

Pelanggan juga boleh menikmati makanan terbaik sambil menyokong usaha peniaga yang hebat ini.

Sokongan kepada peniaga kecil

GrabFood komited dalam memberi peluang kepada peniaga kecil untuk berkembang melalui program GrabFood 5-Star.

Program ini memberikan lebih banyak pendedahan dan sokongan pemasaran kepada peniaga untuk memperkenalkan produk mereka kepada lebih ramai pelanggan. 

Ini adalah langkah penting untuk peniaga kecil, yang sering kali terhad dari segi sumber dan peluang pemasaran.

Menurut pemilik Ceylonese Restaurant, Damith Nuwan, menjaga konsistensi dan kualiti makanan adalah salah satu fokus utama mereka. 

“Dengan adanya platform seperti Grab, kami dapat memperluaskan jangkauan pelanggan dan meningkatkan kepercayaan mereka terhadap perniagaan kami,” katanya.

Akses kepada promosi dan platform

Promosi-promosi ini bukan sahaja membantu menarik pelanggan baru, malah meningkatkan kesetiaan pelanggan sedia ada.

Ia sekali gus membuka peluang kepada peniaga bagi memanfaatkan platform yang mudah digunakan untuk berhubung dengan pelanggan dan meningkatkan jualan mereka.

Salah satu aspek yang membanggakan bagi peniaga adalah fleksibiliti pembayaran yang ditawarkan oleh GrabFood. 

Pelanggan kini boleh memilih untuk membayar menggunakan e-dompet atau kad kredit, memberi mereka lebih pilihan dan keselesaan. 

Ini memberi kepercayaan kepada pelanggan bahawa pembayaran adalah mudah dan selamat, seterusnya meningkatkan kepercayaan terhadap perkhidmatan yang mereka guna.

Pemilik Ikan Boulu Tanpa Tulang, Sheriane Kayna Bulagang, turut berkongsi pandangannya mengenai kewujudan platform ini.

“Dengan adanya platform pemasaran digital daripada Grab, kami kini lebih dikenali dan tidak menyangka dapat menjadi pilihan ramai,” katanya.

Sokong peniaga tempatan

Setiap pesanan yang dibuat melalui aplikasi GrabFood bukan sahaja memberi pelanggan hidangan lazat malah memberi sokongan kepada perniaga tempatan.

Ini penting bagi menyokong peniaga kecil sekali gus memberi mereka peluang untuk bertahan dan berkembang dalam industri yang kian kompetitif.

Damith menambah, mereka bukan sekadar menjalankan perniagaan tetapi juga mahu membina komuniti. 

“GrabFood memberikan peluang kepada peniaga yang tidak mampu membuka perniagaan sebenar, mereka sekurang-kurangnya boleh menjual produk mereka melalui platform ini,” katanya.

Sementara itu, Sheriane berkata perniagaannya bukan sahaja mengenai wang atau perniagaan, tetapi membina hubungan dengan pelanggan dan memberi mereka pengalaman yang terbaik.

Jika pelanggan mencari makanan berkualiti dengan harga berbaloi, GrabFood adalah pilihan yang tepat.

Selain itu, dengan lebih banyak tawaran dan diskaun menarik, setiap pesanan menjadi lebih berbaloi. 

Damith dan Sheriane juga berterima kasih dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh pelanggan dan berharap dapat terus berkembang bersama GrabFood.

Kedua-dua restoran ini kini menjadi sebahagian daripada kempen ADA KICK™ anjuran GrabFood yang meraikan makanan tempatan dan semangat bola sepak.

Kempen ini mengetengahkan pemain bola sepak Malaysia seperti Safawi, Dominic, dan Nazmi yang berkongsi restoran ‘5-Star’ kegemaran mereka di GrabFood.

Inisiatif ini turut mempromosikan restoran ‘5-Star’ ADA KICK™ dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba hidangan yang memenuhi selera.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top