“Makin Menjadi Lepas Kahwin” – Harris Alif Terima DM ‘Panas’ Dari Wanita, Mengucap Kalau Tengok! | Oh! Media

“Makin Menjadi Lepas Kahwin” – Harris Alif Terima DM ‘Panas’ Dari Wanita, Mengucap Kalau Tengok! | Oh! Media

Menurut laporan mStar, Harris Alif, mendedahkan bahawa sejak mendirikan rumah tangga, beliau sering menerima mesej dan gambar tak senonoh daripada wanita, termasuk rakan artis, melalui DM di Instagram.

Walaupun mereka mengetahui statusnya sebagai suami, godaan ini semakin menjadi-jadi selepas perkahwinan.

BACA: Intan Ladyana Terima Hadiah Istimewa Daripada Harris Alif Sempena Hari Jadi!

Harris tidak layan dan segera padam mesej tak senonoh..

harris dan intan

Harris menegaskan bahawa beliau tidak melayan mesej-mesej tersebut dan segera memadamnya.

Saya pun sedar diri saya ini suami orang, jadi kena kawal diri sendiri – Harris

Saya terima macam-macam gambar! Mengucap kalau tengok. Memang tak sedap mata memandanglah orang kata, lebih-lebih lagi perempuan. – Katanya lagi

Kejujuran dan kesetiaan Harris terhadap isterinya wajar dicontohi!

harris dan intan

Beliau juga berkongsi bahawa isterinya, Intan Ladyana, mengetahui kata laluan media sosialnya, dan mereka tidak menyembunyikan apa-apa antara satu sama lain.

Harris bersyukur kerana Intan memahami situasi tersebut, mungkin kerana pengalamannya dalam industri hiburan.

Saya memang tak sorok apa-apa daripadanya dan kongsi semua dengan Intan. – Harris

Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata yang comel, Evie Khadeeja dan Umayr.

#ApaKataOhmedia

Sikap bertanggungjawab, jujur dan setia seperti Harris wajar dicontohi oleh para jejaka diluar sana. Bagi Ohmedia, kejujuran dan kesetiaan kepada isteri sangat penting demi menjaga keharmonian rumah tangga. Sayangilah isteri anda!


Scroll to Top