[VIDEO] IG Story Jefri Nichol Curi Perhatian, Didakwa Pegang Botol Minuman Alkohol?

[VIDEO] IG Story Jefri Nichol Curi Perhatian, Didakwa Pegang Botol Minuman Alkohol?

Kekasih hati pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan iaitu aktor terkenal Indonesia, Jefri Nichol didakwa minum minuman beralkohol.

Ia susulan perkongsian terkini Jefri yang memuat naik video boomerang sedang membuat minuman serta memegang botol alkohol.

Malah, dalam hantaran sama juga aktor Jakarta vs Everbody itu turut ‘mention’ jenama minuman keras tersebut.

Terdahulu, aktor berusia 26 tahun itu secara terbuka mendedahkan dia pernah makan daging khinzir bagi menambah berat badan meskipun beragama muslim.

Sebelum ini, Ameera mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menonton filem Jakarta vs Everybody yang memaparkan babak ‘panas’ kekasihnya, Jefri.

Kemesraan dan keakraban antara Ameera dan Jefri meraih perhatian terutamanya selepas tular beberapa foto mereka di media sosial.

Nama Jefri hangat menjadi sebutan selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya.

Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.

Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Ada Babak ‘Explicit’ Jefri Nichol, Ameera Khan Tiada Masalah Tonton Filem Jakarta VS Everybody – “Saya Tengok Dengan Dia…”

Scroll to Top