4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina

4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina

Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang. Gambar hiasan

MANILA – Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Kejadian berlaku sekitar jam 2 petang waktu tempatan di bandar Ampatuan, menurut laporan itu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) mengesahkan kejadian itu tetapi belum mengeluarkan sebarang butiran lanjut.

Agensi Berita Filipina (PNA) melaporkan bahawa pesawat tersebut adalah Beech King Air 350 dan empat mayat, termasuk dua lelaki, telah ditemukan oleh penduduk kampung.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian itu untuk menentukan kewarganegaraan mangsa. – Bernama/Xinhua

Scroll to Top