Genting Malaysia serah sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Veteran ATM

Genting Malaysia serah sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Veteran ATM

PETALING JAYA: Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Tabung Pahlawan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut kenyataan, sumbangan itu adalah manifestasi komitmen Genting Malaysia sebagai syarikat korporat di dalam menyantuni dan menyokong para veteran ATM yang telah berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.

“Yayasan Veteran ATM bertekad untuk memantapkan program kebajikan mereka melalui sumbangan korporat dan pelaburan yang berterusan.

“Selain itu, yayasan ini bergerak aktif di dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan belia melalui pelbagai program kesedaran serta inisiatif yang bersifat patriotik.

“Golongan muda belia menghargai setiap pengorbanan dan jasa para Veteran ATM dan memberikan komitmen untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi demi menjaga legasi mulia mereka,” katanya.

Genting Malaysia berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada inisiatif yang penuh bermakna itu.

“Kami berazam untuk terus memberikan sokongan padu kepada para pahlawan negara kita. Majulah negara demi masa depan yang lebih gemilang,” katanya. – UTUSAN

Scroll to Top