Mayat jurutera maut nahas helikopter dihantar ke Hospital Bentong

Mayat jurutera maut nahas helikopter dihantar ke Hospital Bentong

rnoraina@hmetro.com.my

Bentong: Mayat jurutera warga Indonesia yang maut terkena bilah kipas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, di sini dibawa keluar dari lokasi nahas sebentar tadi.

Mayat lelaki itu dibawa dengan kenderaan polis pada 4 petang, akan dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian pada 10.20 pagi, helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger, dilaporkan terhempas pada ketinggian kira-kira 0.9 meter di tapak pendaratan untuk mengisi minyak.

Helikopter yang terbang dari tapak projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) terletak kira-kira 16 kilometer (km) dari lokasi nahas terhempas selepas skid helikopter bergesel dengan darat sebelum terbalik dan terbakar.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa dikenal pasti sebagai Finsen Resky Sembiring, 27, yang berada di tapak pendaratan maut selepas terkena bilah helikopter.

Finsen disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Bentong, pada jam 11.20 pagi.

Manakala juruterbang juga warga Indonesia dikenal pasti sebagai Kustiyadi, 44, berada dalam helikopter, cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Helikopter terhempas angkut bahan binaan sejak 21 Januari

TNB arah henti kerja menggunakan helikopter

CAAM sahkan kemalangan helikopter di Bentong

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top