Pelakon terkenal Zamarul Hisham berdepan detik cemas apabila mengalami sesak nafas secara tiba-tiba ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Port Dickson.
Menurut laporan Kosmo, insiden itu berlaku sekitar pukul 2 pagi dan beliau terpaksa dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Zamarul Hisham tidak pernah menghidap sebarang penyakit
Isteri Zamarul, Diana Rafar, turut berada berhampiran lokasi bersama anak-anak ketika kejadian berlaku. Dia bergegas ke tempat penggambaran sebaik dihubungi penerbit, Haji Zeel.
Sepanjang pengetahuan saya, abang tidak pernah menghidap sebarang penyakit dan mengamalkan gaya hidup sihat. Mungkin dia terlalu penat bekerja. Syukur kami berada di Port Dickson dan dapat segera ke hospital malam itu.
Zamarul masih berada di ICU
Menurut Diana, Zamarul kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut. Dia masih sedar namun memerlukan rawatan intensif dan dijangka dirawat di hospital tersebut selama lima hari.
Sepanjang pengetahuan saya, abang tidak pernah menghidap sebarang penyakit dan mengamalkan gaya hidup sihat. Mungkin dia terlalu penat bekerja. Syukur kami berada di Port Dickson dan dapat segera ke hospital malam itu.
#ApaKataOhMedia
Bila kita terlalu penat bekerja, badan kita pun tak boleh tahan dan akan mendatangkan pelbagai kesan buruk meskipun kita nampak sihat secara fizikal.