Pelakon, Linda Hashim hadir sendirian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sekitar jam 9.20 pagi Khamis tanpa kelibat suaminya, Beego.
Menurut laporan Oh Bulan, Linda telah menghantar notis kepada pihak Beego selepas memfailkan penceraian pada awal bulan lepas.
Beego tidak hadir, Linda Hashim hadir sendirian
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-linda-hashim.jpg)
Bagaimanapun, Beego dipercayai tidak hadir kerana berada di Labuan.
Hari ini adalah sebutan pertama selepas saya failkan penceraian.
Saya kurang pasti (keberadaan Beego) cuma dia dah dimaklumkan tentang sebutan hari ini selepas saya sudah menghantar notis mahkamah kepadanya.
Pernah rujuk, kini tiada persefahaman?
![linda hashim](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-linda-hashim-2-1000x563.jpg)
Sebelum ini, Linda dan Beego pernah rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023. Namun, kali ini Linda dikatakan memfailkan penceraian atas alasan sudah tiada persefahaman.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan telah melalui beberapa cabaran dalam perkahwinan mereka.
#OhmediaNasihat
Perkahwinan memerlukan tolak ansur dan komunikasi yang baik. Jika berlaku konflik, carilah penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi jika melibatkan anak-anak.
![Fail Cerai Kali Kedua, Linda Hashim Hadir Ke Mahkamah Sendirian Tanpa Kelibat Beego! | Oh! Media Fail Cerai Kali Kedua, Linda Hashim Hadir Ke Mahkamah Sendirian Tanpa Kelibat Beego! | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-img_8812-1000x600.jpeg)