Sebelum ni Ohmedia ada kongsikan artikel tentang seorang influencer yang dikenali sebagai Eyka, dilaporkan sudah tiga hari hilang semasa melakukan aktiviti panaromal di hutang simpan Bandung, Indonesia.
Dia ke sana bersama kumpulan YouTuber, Ammar Nazhan atau lebih dikenali sebagai ‘budak fries’. Bagaimanapun, malam tadi sekitar jam 10 malam, Ammar memaklumkan hasil bantuan pihak berkuasa Indonesia, Eyka sudahpun ditemui terbaring di dalam semak.
BACA: Influencer Malaysia Hilang Ketika Melakukan Aktiviti Paranormal Dalam Hutan Di Bandung, Indonesia
Ada yang rasa ini hanya sekadar konten?
Apapun, berita yang dikongsikan Ammar ini mula dipersoal selepas ramai yang merasakan ia hanya sekadar konten.
Perkara ini turut mendapat perhatian Caprice selepas salah seorang pengikutnya memintanya untuk mengesahkan kejadian terbabit.
Jika ia tidak benar, boleh mencemarkan hubungan antara dua negara…

Caprice kemudian berkongsi beberapa klip video yang menunjukkan situasi di sana dan berharap agar apa yang berlaku ini bukan rekaan.
Kalau ni fake, harap-harap pihak berkuasa dekat sana ambil tindakan. – Kata Caprice.
#ApaKataOhmedia
Apa yang dibangkitkan pengikut Caprice tu ada betulnya juga. Bila melibatkan kes orang hilang macam ni dekat negara orang, ia pastinya akan melibatkan kerjasama antara dua negara.
Apapun, kita tunggu pengesahan dari Ammar tentang perkara ini bagi mengelakkan berlaku salah faham.
