Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang kehilangan seorang Influencer yang dikenali sebagai Eyka semasa melakukan aktiviti paranormal dalam sebuah hutan di Bandung, Indonesia.
Perkara itu disahkan oleh YouTuber, Ammar Nazhan yang merupakan orang bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti itu.
Hilang sekitar jam 2 pagi
Pada malam itu lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan tersebut tapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan.
Kami menyedari kehilangan Eyka sekitar pukul 2 pagi Isnin ketika sedang lakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.
Hanya dia seorang saja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan dan dia datang bulan ketika itu.
Misi pencarian sedang dijalankan
Laporan polis sudah dibuat oleh Ammar Nazhan dan misi pencarian sedang dijalankan oleh pihak polis dan tentera.
Sebelum membuat laporan polis kami sudah membuat pencarian dan kami membuat laporan polis selepas 48 jam seperti disarankan pihak di sini.
Turut terlibat dalam pencarian ini orang kampung, pihak polis dan juga tentera.
Buat masa ini kami masih belum terima apa-apa maklumat lagi.
Ammar juga sudah memaklumkan tentang kehilangan Eka kepada keluarganya dan meminta mereka supaya tidak bimbang kerana beliua menguruskan segalanya hingga wanita itu ditemui semula.
#OhmediaNasihat
Semoga menjadi pengajaran buat semua. Jangan sesekali masuk ke kawasan hutan untuk mencari hantu pada waktu malam.
Ditambah lagi semasa berada dalam keadaan haid atau datang bulan.