Hamas bidas rancangan Trump ‘ambil alih Gaza’

Hamas bidas rancangan Trump ‘ambil alih Gaza’
Hamas bidas rancangan Trump ‘ambil alih Gaza’

Hamas secara tegas menolak kenyataan Trump mengenai rancangan untuk ‘mengambil alih’ Gaza selepas menempatkan semula penduduk Palestin ke lokasi lain. Foto AFP

ANKARA – Kumpulan Palestin, Hamas pada Rabu secara tegas menolak kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai rancangan untuk ‘mengambil alih’ Gaza selepas menempatkan semula penduduk Palestin ke lokasi lain, lapor Agensi Anadolu (AA).

Anggota biro politik Hamas, Izzat Al-Rishq dalam satu kenyataan berkata kenyataan Trump mencerminkan ‘kekeliruan dan kejahilan mendalam terhadap perjuangan Palestin serta rantau ini secara keseluruhan.’

“Gaza bukan wilayah biasa yang boleh ditentukan nasibnya oleh mana-mana pihak. Ia adalah sebahagian daripada tanah Palestin yang diduduki,” kata Al-Rishq.

Beliau menegaskan bahawa sebarang resolusi mesti berdasarkan kepada penamatan pendudukan serta memenuhi hak sah rakyat Palestin, bukan bersandarkan logik kuasa, dominasi atau pemikiran seorang peniaga hartanah.

Trump sebelum ini membuat kenyataan bahawa AS ‘akan mengambil alih’ Semenanjung Gaza selepas menempatkan semula rakyat Palestin di tempat lain di bawah pelan pembangunan semula yang didakwanya boleh mengubah enklaf itu menjadi ‘the Riviera of the Middle East.’ – Bernama

@sinarharianonline

Kumpulan Palestin, Hamas pada Rabu secara tegas menolak kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai rancangan untuk ‘mengambil alih’ Gaza selepas menempatkan semula penduduk Palestin ke lokasi lain, lapor Agensi Anadolu (AA). Anggota biro politik Hamas, Izzat Al-Rishq dalam satu kenyataan berkata kenyataan Trump mencerminkan ‘kekeliruan dan kejahilan mendalam terhadap perjuangan Palestin serta rantau ini secara keseluruhan.’ Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Palestin #Gaza

News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music

Scroll to Top