Pelakon jelita, Uqasha Senrose baru-baru ini berkongsi pengalaman berdepan dengan seorang wanita yang secara terbuka mencuba untuk menggoda suaminya, pelakon Kamal Adli.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Uqasha menceritakan hal itu kepada Kamal yang berada di sebelahnya.
“Ada orang tanya saya dah janda ke?” – Uqasha Senrose
Menurut Uqasha, wanita itu beranggapan dirinya sudah bercerai kerana sering memuat naik hantaran yang berkaitan dengan ‘isteri tersakiti’.
Encik Kamal Adli, semalam ada orang kata dia nak try awak. Dia tanya saya dah janda ke, single ke… Saya tanyalah ‘kenapa, awak nak goda saya ke Kamal Adli?’
Lepas tu, dia kata saya selalu post isteri tersakiti jadi ingat saya janda. Dia nak goda awak, tolong cakap dekat dia ni.
Desas-desus rumah tangga dilanda badai?
Sebelum ini, muncul desas-desus mengatakan hubungan Uqasha dan Kamal sedang bergolak. Namun, pasangan ini menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan mereka masih bahagia bersama.
#OhmediaNasihat
Kadangkala, hantaran di media sosial boleh mencetuskan salah faham. Jadi, sentiasa berhati-hati dengan apa yang dikongsi untuk mengelakkan spekulasi tidak diingini.