Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden – Polis

Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden – Polis
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden – Polis

Polis sedang memberi perlindungan kepada pelajar di sekolah berkenaan serta di sekolah berhampiran. Foto Agensi

COPENHAGEN – Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.

Tahap kecederaan mereka masih belum dapat dipastikan.

Polis menggesa orang ramai agar menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 kilometer ke barat Stockholm.

Agensi berita Sweden TT melaporkan suspek telah meninggal dunia, namun polis masih belum memberikan maklumat lanjut mengenai insiden itu.

Media tempatan melaporkan bahawa sejumlah besar anggota polis dan pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut polis, para pelajar sedang diberi perlindungan di sekolah berkenaan serta di sekolah berhampiran.

TT turut melaporkan bahawa insiden itu berlaku di sebuah pusat pendidikan dewasa di kampus Risbergska. – Bernama

Scroll to Top