#CSOIAM: Separuh Akhir Rekod Undian Tertinggi, Siapakah Bakal Merebut Gelaran Juara?

#CSOIAM: Separuh Akhir Rekod Undian Tertinggi, Siapakah Bakal Merebut Gelaran Juara?

Episod separuh akhir CSOIAM sekali lagi membuktikan mengapa ia menjadi fenomena luar biasa! Dengan drama, kejutan, dan persembahan vokal yang mendebarkan, pentas Ahad lalu menjadi momen yang tidak akan dilupakan!

Lima peserta terbaik memberikan segalanya demi tempat ke pentas akhir CSOIAM yang akan berlangsung pada Ahad, 9 Februari 2025.

Lebih menarik, jumlah penonton dan undian terus meningkat setiap minggu! Tidak hanya itu, CSOIAM juga mengekalkan kedudukannya sebagai satu-satunya rancangan realiti nyanyian yang berjaya trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut!

Pentas separuh akhir dimulakan dengan sebuah ‘comeback’ luar biasa yang membuatkan penonton di studio terpukau! Kumpulan legenda Search bersama Amy tampil menggegarkan pentas dengan persembahan bertenaga dan penuh nostalgia. Sorakan penonton bergema, dan kehebatan mereka benar-benar mencipta momen epik dalam sejarah CSOIAM!

Mariam membuka pentas dengan penuh emosi melalui lagu “Di Pintu Syurga”. Persembahannya bertambah sentimental apabila dia membawa foto arwah bapanya sebagai penghormatan khas. Datuk Yusry dan Ziana Zain tidak dapat menahan rasa sebak, dengan berkata, “Bila awak berdiri tu, kita dah tahu ini Mariam. That is your identity. I’m here, this is me, and this is who I am!” Bukti bahawa Mariam telah menemui keasliannya di pentas ini!

Jimi pula memilih lagu “Sedetik Lebih”, satu cabaran besar buatnya. Cakra Khan memuji, “Lagu ini luar biasa sulit. Pitch kena jaga, tak ada excuse. But you did great!” Shila Amzah turut menambah, “Lagu Abang Anuar ni bukan calang-calang lagu. But tonight, this is Jimi’s version of Sedetik Lebih.” Persembahannya nyata memukau juri!

Marygrace tampil dengan “Satu Harapan”, menunjukkan peningkatan ketara berbanding minggu lalu! Cakra Khan berkata, “Minggu ini, I love it!” Namun, Ziana Zain memberikan pandangan kritis, “Jangan marah ya kak Gee cakap, suara you memang bagus, stage presence mantap, tapi ada sesuatu yang missing. I tak rasa the energy tu.” Dato’ Yusry pula menambah, “You terapung-apung di melodi, but overall, still enjoyable.”

Kai Deva membakar pentas dengan “Srikandi Cintaku”! Shila Amzah teruja, “Sejujurnya saya suka tone suara awak. Keroncong ni bukan genre yang mudah, tapi you buat lagu ni macam milik you sendiri!” Persembahannya begitu bertenaga sehingga penonton tidak henti menjerit namanya sepanjang malam!

Zazleen mempertaruhkan “Sehati Sejiwa”, lagu yang mencabar vokalnya. Dato’ Yusry memberikan komen, “Suara awak memang unik, tapi perlu lebih dinamik. Lagu ini perlu tenaga yang berkembang secara beransur-ansur.” Walaupun hanya selangkah ke Finale, Zazleen tetap memberikan persembahan yang solid!

Malam separuh akhir bertambah mendebarkan apabila tiga finalis pertama diumumkan: Kai Deva, Marygrace, dan Zazleen! Namun, drama belum berakhir. Jimi dan Mariam berada dalam Bottom 2 dan perlu bertarung dalam pusingan penentuan. Dengan hanya satu tiket terakhir ke Finale, juri perlu membuat keputusan sukar! Jimi mempertaruhkan “Rahsia Tuhan” manakala Mariam memilih “Jagalah Diri”.

Persembahan mereka begitu luar biasa sehingga Dato’ Yusry sendiri meluahkan rasa tidak puas hati, “You guys don’t deserve to be in the Bottom 2!” Ziana Zain bersetuju, “Kalau ikutkan, saya mahu dua-dua ke Finale. But we have to make a choice.” Setelah perbincangan sengit, juri akhirnya memilih Jimi sebagai finalis keempat CSOIAM! Walaupun tersingkir, Mariam menerima hadiah RM10,000 sebagai penghargaan atas perjuangannya sepanjang pertandingan.

Kini, CSOIAM bakal melabuhkan tirainya dengan tema Malam Paling Fizz pada Ahad, 9 Februari 2025. Empat finalis terbaik – Kai Deva, Marygrace, Zazleen, dan Jimi – bersedia memberikan persembahan paling epik dengan single terbaharu mereka. Sebagai kejutan istimewa, mereka juga akan bersatu dalam lagu kumpulan eksklusif berjudul “Sejuta Kenangan”, melambangkan perjalanan luar biasa mereka dalam CSOIAM.

Single Baharu Finalis CSOIAM:

Kai Deva, Marygrace, Jimi & Zazleen – Sejuta Kenangan
Komposer & Penulis Lirik: Mage, Aziz Harun, NAKI & Darien Sebastian

Marygrace – Titik Mula
Komposer & Penulis Lirik: Audi Mok & Shazee Ishak

Kai Deva – Mengejar Bintang
Komposer: Sharon Paul
Penulis Lirik: Sharon Paul, Shah Shamsiri & Kai Deva

Jimi – Tetap Berharap
Komposer: Sharon Paul
Penulis Lirik: Fedtri Yahya & Sharon Paul

Zazleen – Merah
Komposer & Penulis Lirik: Audi Mok & Shazee Ishak

Jangan lepaskan peluang untuk mengundi finalis kegemaran anda dan jadikan mereka juara CSOIAM! Road to Finale semakin hampir, dan anda berperanan menentukan pemenangnya! Undian penonton membawa berat 40% daripada keputusan akhir, manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan hebat para finalis dan kejutan eksklusif di pentas akhir Calpis Soda One In A Million, hanya di TV3! Pastikan anda terus mengundi dan berpeluang merebut hadiah bernilai RM1 juta!

Saksikan CSOIAM secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim dalam HD di Tonton. Istimewa untuk episod terakhir, 50 penonton bertuah akan berpeluang memenangi hadiah lumayan!

Ikuti juga sorotan eksklusif perjalanan peserta dalam Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Dapatkan perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami dalam mencipta fenomena luar biasa ini!

 

Scroll to Top