Aiman Tino Tinggal Nota Dan Nafkah Sebelum Memancing, Isteri Tersentuh ‘Part’ Zuriat | Oh! Media

Aiman Tino Tinggal Nota Dan Nafkah Sebelum Memancing, Isteri Tersentuh ‘Part’ Zuriat | Oh! Media

Penyanyi terkenal, Aiman Tino, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila sebuah nota romantis yang ditinggalkannya untuk isteri tercinta tular di media sosial.

Nota tersebut yang disertakan bersama wang nafkah bulanan memaparkan kata-kata penuh kasih sayang dan doa buat rumah tangga mereka.

“Pi mancing buat orang touching pulak dia ni” – Isteri Aiman Tino 

Menerusi nota yang ditulis tangan itu, Aiman meminta isterinya untuk mendoakannya supaya sentiasa murah rezeki dalam mencari nafkah buat keluarga.

Selain itu, Aiman turut meluahkan harapan agar rumah tangga mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Aiman minta doakan untuk zuriat

aiman tino

Lebih menyentuh hati, Aiman turut menulis impian mereka untuk terus membina keluarga bahagia bersama anak-anak kelak.

InsyaAllah, satu hari nanti kita akan dapat anak. Doa dan usaha sama-sama. Amiinn.

Perkongsian ini mendapat reaksi positif daripada netizen yang terharu melihat cara Aiman menghargai isterinya.

Ramai yang memuji keikhlasan dan romantisnya penyanyi ini dalam menjaga kebajikan keluarga kecil mereka.

Netizen turut mendoakan semoga pasangan ini dikurniakan zuriat tidak lama lagi.

#OhmediaNasihat

Dalam kehidupan berumahtangga, sekecil-kecil penghargaan sudah mampu membuatkan isteri gembira dan tersenyum kan? Lagi pula, sebelum pergi memancing, Aiman tak lupa sediakan duit nafkah untuk isteri yang ditinggalkan di rumah. Macam ini lah suami contoh!


Scroll to Top