Pelawak dan pelakon, Along Cham mengesahkan dirinya sudah selesai menguruskan hal-hal berkaitan pengesahan lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Perkara itu disahkan menerusi laporan Berita Harian yang mengatakan Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, sedang menunggu tarikh bicara berhubung isu tersebut.
“Tadi, saya uruskan fail pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Tengah tunggu tarikh bicara.
“Doakan semoga segala urusan lancar dan dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.
Pada Selasa, perkongsian terkini Along Cham di Instagram Story (IGs) miliknya mencuri perhatian selepas dia memuat naik status yang memberi bayangan dirinya kembali bergelar duda.
“Alhamdulillah, done for urusan mahkamah syariah,” tulisnya ringkas.
Pada 28 Januari lalu, Along Cham memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap Afreena di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Malah, aktor itu turut mendakwa Afreena telah melanggar tiga perjanjian taklik, selain turut didakwa menyeleweng dana berjumlah RM100,000.
Artikel Berkaitan: Nafi Seleweng Dana Hampir RM100,000, Isteri Along Cham Lega ‘Scammer’ Dah Ditangkap Polis
Sumber: Berita Harian