Baru-baru ini, tular luahan seorang peniaga di Floating Market, Melaka mengenai kedai yang tidak dibuka menyebabkan sambutan daripada pelanggan juga suram.
Menerusi video yang dimuat naik, peniaga tersebut menunjukkan keadaan Floating Market yang lengang dengan hanya beberapa kedai sahaja beroperasi.
Hanya beberapa kedai dibuka, Floating Market Melaka lengang tanpa pengunjung
Peniaga ini mempertikaikan sikap peniaga lain yang menutup kedai menyebabkan kurangnya daya tarikan pengunjung ke situ.
Kesian peniaga yang hari-hari buka macam saya. Dah bersuara dalam group minta peniaga bagi kerjasama buka tapi kena marah. Tak nak niaga tak payah lah ambil harga pakej yang murah. Management kene buat sesuatu kalau tak tempat ni tak kan bertahan lama.
Sebagai peniaga yang setiap hari beroperasi, dia mengakui terkesan dan memohon pihak pengurusan campur tangan.
Sistem Pengurusan Dipersoal
Menurut Karina, dia sudah menyuarakan isu ini dalam kumpulan peniaga, meminta mereka untuk lebih komited dalam membuka kedai. Namun, tindakannya itu mendapat respon negatif apabila dia dimarahi.
Management patut blacklist je peniaga-peniaga yang degil tak nak buka kedai dekat boat ni. Pastu bagi jela peluang dekat orang luar tak payah pun buat harga-harga pakej tu. Dan tolong la sewa tu berpatutan sikit. Kalau macam ni lah sistem korang pelancong pun tak nak datang lah. Memang tak lamalah tempat ni sumpah aku cakap, aku nak chow tapi tu la fikir deposit tu.
Video perkongsian Karina mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang bersetuju dengan pendapatnya, namun ada juga yang menegaskan bahawa faktor lain turut mempengaruhi kurangnya pengunjung di situ.
Antara faktor yang disebut ialah keadaan sungai di sekitar Floating Market yang berbau busuk dan dipenuhi biawak, membuatkan pengunjung tidak selesa untuk menikmati makanan di kawasan tersebut.
#OhmediaNasihat
Rasanya kalau kawasan ini diuruskan dengan baik, ianya berpotensi menjadi port lepak yang menarik. Tetapi betul juga seperti kata netizen, selain faktor kedai, mungkin persekitaran juga menjadi punca utama sambutan sedikit ‘sendu’.