Gonzalez ‘orang besi’ baharu JDT

Gonzalez ‘orang besi’ baharu JDT

BENTENG skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) makin ampuh dengan kehadiran ‘orang besi’ baharu dari Sepanyol, Alvaro Gonzalez.

Berita kehadiran Gonzalez, 35, dikongsikan menerusi satu hantaran video di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) pada Selasa.

“Dari La Liga ke Ligue 1 dan Liga Pro Saudi, kini home Harimau Selatan,” katanya pada laman Facebook tersebut.

Pemain kelahiran Potes, Cantabria, Sepanyol itu pernah beraksi di Liga-Pro Saudi bersama kelab Al-Nassr yang turut menampilkan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Malah, pemain yang bakal menyarung jersi nombor 27 skuad Harimau Selatan itu juga pernah mengemudi benteng pertahanan beberapa kelab dalam saingan La Liga seperti kelab Racing Santander, Real Zaragoza, Espanyol dan Villareal selain kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Marseille.

Kehadiran Gonzalez sekali gus bakal memperkuatkan benteng pertahanan skuad Harimau Selatan itu menjelang saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), berdepan kelab Liga Australia, Central Coast Marniers di Stadium Central Coast, 11 Februari ini.

Scroll to Top