Selebriti yang juga usahawan, Betty Rahmad paksa diri dan akui tidak mudah untuk melawan daripada hasutan syaitan untuk berpaling daripada istiqamah dalam menunaikan ibadah.
Adik kepada pelakon Erma Fatima dan Umie Aida itu berkata, setiap manusia perlu berusaha sehingga terpaksa ‘psiko’ diri sendiri dengan mengingatkan diri akan kematian yang boleh datang pada bila-bila masa sahaja.
Betty Rahmad paksa & psiko diri
Menerusi sebuah video temu bual bersama stesen televisyen, seseorang tidak boleh terlampau berada dalam fasa selesa setelah menutup aurat.
“Kalau kita nak berhijrah, kekal istaqamah, kena usaha… kita tak boleh terlalu selesa hari ini dah pakai tudung, dah beriman tak perlu pergi belajar, baca Al-Quran, tak perlu tambah ilmu.. tak boleh.
“Bagi saya kita kena tambah ilmu sebab perkara itu akan buat kita kembali ke pangkal jalan. Kena paksa diri dan selalu ingat yang kita ni boleh mati pada bila-bila masa.
“Kita kena psiko diri sendiri, kena lawan syaitan yang menghasut.. itu cara saya, perlu ada kawan sekeliling yang betul itu pun penting juga,” katanya.
Instagram will load in the frontend.
Instagram will load in the frontend.
Tambah Betty atau nama sebenar Norsha Rahmad Ali memberitahu antara perkara lain yang utama dalam kekal istaqamah adalah dengan menjaga orang sekeliling.
“Saya tak tinggalkan kawan-kawan yang belum berhijrah atau apa, tetapi saya ada limit dari segi masa, kebanyakannya saya memang luangkan hari dengan keluara. Saya memang akan jaga orang sekeliling,”ujar Betty yang sering menganjurkan majlis ilmu bersama rakan-rakan selebriti.
Sumber: TikTok assalamualaikum.tvah