Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal berkata perkongsian mengenai jumlah bayaran reviu produk dalam media sosial sehingga RM100,000 bukan rekaannya semata-mata.
Memetik HibGlam, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berkata harga berkenaan ditetapkan sesuai dengan hasil kerjanya, malah klien akan mendapat untung lima kali ganda.
BACA: Cik Epal Buka Bisnes Pizza Mendonia Untuk Caras Pizza Wagyu Jofliam
“Saya rasa harga itu bersesuaian dengan hasil yang akan saya berikan. Kalau ada yang mahu bayar, saya akan buat dengan sehabis baik.
“Sesiapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka pasti tahu saya akan ‘all out’. Insya-Allah mereka (klien) akan dapat pulangan mungkin lima kali ganda.
“Saya bukan artis atau selebriti tapi sebenarnya ahli perniagaan. Jadi, saya tahu macam mana pasaran ini, namun dengan harga tetap boleh bincang,” katanya.
Sementara itu, Cik Epal yang menjadi perhatian ramai selepas kisah cerainya menjadi perhatian berkata selepas memuat naik hantaran harga tersebut dia menerima tawaran daripada dua syarikat.
“Sebelum ini pun memang ada orang pernah bayar ikut harga tersebut. Ramai yang bertanya jadi saya beritahu. Dulu saya tak buka untuk reviu sebabsaya berniaga. Namun, bila nama ‘mendunia’ ketika ini, saya ambil peluang tapi tetap tahu ‘value’ saya,” katanya.
Sebelum ini, Cik Epal memuat naik senarai harga yang dikenakan untuk membuat review serta mempromosikan produk di media sosial di mana bayaran bermula dari RM20,000 sehingga RM100,000 bergantung jenis kandungan promosi yang diinginkan.
SUMBER: HibGlam