Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil menafikan sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).
Menurut laporan Berita Harian, beliau menegaskan bahawa gabungan itu kekal komited mempertahankan semua parti komponen termasuk MCA, MIC, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta parti bersekutu Friends of BN.
Hanya mimpi di siang hari
Beliau turut menegaskan bahawa tidak pernah berlaku sebarang perbincangan tentang perkara tersebut.
Kita tidak akan pernah terpengaruh dengan sebarang desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN. Tidak pernah (berlaku perbincangan), hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja yang mencadangkan itu berlaku.
Pendedahan Wee Ka Siong
Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan terdapat individu luar yang mencadangkan agar MCA disingkirkan daripada BN.
Menurut beliau, MCA kini menunggu keputusan daripada UMNO berhubung isu tersebut.
Bagaimanapun, kenyataan tegas Ahmad Zahid itu menutup spekulasi serta mengesahkan kedudukan MCA dalam BN masih utuh.
#OhmediaNasihat
Dalam situasi politik yang penuh dengan spekulasi, kita perlulah sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak yang betul dan jangan mudah terpengaruh dengan khabar angin yang belum tentu betul.