lelaki mahu jual peti ais buruk usia 40 tahun dengan harga RM20,000

lelaki mahu jual peti ais buruk usia 40 tahun dengan harga RM20,000

Seorang lelaki mahu jual peti ais buruk berusia 40 tahun dengan harga RM20,000 dengan mendakwa peralatan elektrik tersebut masih boleh digunakan.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai abang_mat2023, dia telah memuat naik video menawarkan peti ais yang telah buruk kepada orang ramai dengan membuka harga RM20,000.

Lelaki mahu jual peti ais, lagi mahal dari harga kereta?

Jelasnya, peti ais berkenaan sudah berusia lebih 40 tahun kerana sudah ada sejak dia bayi lagi dan tidak pernah mengalami kerosakkan serta masih berfungsi sehingga ke hari ini.

Disebabkan itu, dia mahu melepaskan peti ais berkenaan dengan harga yang dinyatakan memandangkan cukup tahan walaupun sudah berpuluh tahun digunakan.

lelaki mahu jual peti ais

Lelaki mahu jual peti ais yang usianya 40 tahun

Dia yang memaklumkan telah membeli peti ais baharu buat ibunya turut menyertakan beberapa nasihat kepada orang ramai dengan menceritakan tentang usahanya mengubah nasib keluarga sehingga mampu membeli barang elektrik baharu untuk menggantikan yang lama.

Artikel lain: TikToker marah-marah, minta Jason jangan jujur sangat ‘review’ kedai makan

Hantar muzium jela bang

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing sukar menerima harga RM20,000 yang diletakkan oleh pengguna TikTok itu untuk menjual peti ais buruk berkenaan.

Ada juga yang menyarankan untuk pengguna TikTok tersebut menyimpannya dengan lebih lama agar dapat meningkatkan harga dari RM20,000 kepada yang lebih tinggi.

Kalau bawah RM5,000 okay lagi

Ingat peti ais macam aset tanah ke

Siapa kata mahal dia tak kenal bare

Apa-apa pun, terpulang kepada masing-masing untuk membelinya kerana harga tersebut dilihat sangat tinggi untuk usia peti ais yang sudah berusia puluhan tahun itu.

Sumber: TikTok abang_mat2023

Scroll to Top