Tengkorak, tulang siapa dalam ladang sawit?

Tengkorak, tulang siapa dalam ladang sawit?

am@hmetro.com.my

Port Dickson: Rangka manusia dijumpai pagi tadi di sebuah ladang sawit di Siliau, Port Dickson.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 10.10 pagi tadi apabila menjumpai rangka manusia di situ.

“Kejadian itu telah disedari oleh orang awam yang ingin membaik pulih paip bocor di kawasan itu pagi tadi.

“Polis terus bergegas ke lokasi itu dan siasatan lanjut menemukan tengkorak dan beberapa rangka tulang dipercayai anggota badan manusia,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Katanya, pemeriksaan di kawasan sekeliling tidak menjumpai sebarang dokumen peribadi, pakaian, atau senjata serta sebarang kesan perlakuan jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkan kepada Ketua Polis Balai Lukut, SUB Inspektor Lim Hooi Boon di talian 06-647 2222 atau (016-3318360).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top