essabuyamin@bh.com.my
Kuala Lumpur: Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan mengenai status perkahwinan beliau yang disebarkan satu akaun Facebook palsu menggunakan nama dan gambarnya.
Sambil menjelaskan akaun Facebook itu bukan miliknya, Rosmah menegaskan bahawa beliau masih isteri yang sah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, dakwaan dalam akaun palsu itu bahawa dirinya merupakan bekas isteri Najib, adalah tidak benar.
“Sila ambil perhatian bahawa akaun Facebook ‘Rosmah Binti Mansor’ ini bukanlah akaun tulen saya.
“Saya adalah dan masih isteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Jangan buat fitnah,” katanya dalam hantaran melalui Facebook rasmi beliau, hari ini.
Rosmah turut kongsikan tangkap layar akaun palsu berkenaan, sebagai makluman kepada pengikut media sosial beliau.
Selain itu, katanya, beliau hanya mempunyai masing-masing satu akaun rasmi Facebook dan TikTok yang boleh diakses melalui pautan dikongsikan dalam hantaran berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd