Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan berkata dia sedia beri kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dipanggil bagi membantu siasatan membabitkan isu syarikat perunding kewangan.
Memetik Harian Metro, Jalaluddin berkata dia masih belum menerima apa-apa panggilan daripada pihak SPRM berhubung kes itu untuk membantu siasatan.
BACA: Jalaluddin Hassan & Pilihan Hati Selamat Diijabkabul
Menurut pelakon berusia 71 tahun itu lagi, dia hanya menjalankan tugas sebagai duta syarikat berkenaan serta mengakui terkejut dengan isu tersebut.
“Sudah tentu, tiada masalah (untuk beri kerjasama dengan pihak SPRM bagi membantu siasatan). Cuma, setakat ini belum ada sebarang panggilan lagi.
“Apapun, tugas saya hanya sebagai duta saja dengan syarikat perunding kewangan terbabit yang bertanggungjawab menjalankan tugas membuat promosi di media sosial, itu saja.
“Manakala, untuk perkara lain saya tidak terbabit. Malah, selama menjadi duta, saya ‘happy’ melakukannya kerana tidak pernah ada masalah. Tapi, saya terkejut dengan adanya isu ini,” katanya
Sementara itu, Jalaluddin menafikan dakwaan kononnya dia menerima bayaran sehingga RM400,000 sebagai duta syarikat berkenaan.
“Alangkah bertuahnya jika saya dapat wang sebanyak itu. Saya tidak mahu cerita, apapun menafikan perkara itu. Biarlah pihak berkuasa menyiasat. Saya lihat reaksi pihak mereka tenang sahaja. Saya harap semuanya dapat dijernihkan,” katanya.
SUMBER: Harian Metro