Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM! | Oh! Media

Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM! | Oh! Media

Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan menyatakan yang dirinya telah bersedia untuk memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dipanggil berhubung siasatan membabitkan syarikat perunding kewangan yang melantiknya sebagai duta.

Menurut laporan Harian Metro, beliau menegaskan bahawa belum menerima sebarang panggilan daripada SPRM setakat ini.

Sudah tentu, tiada masalah untuk beri kerjasama. Cuma, setakat ini belum ada sebarang panggilan lagi.

Jalaluddin Hassan hanya terlibat sebagai duta

Jalaluddin menjelaskan bahawa tugasnya dalam syarikat tersebut hanya sebagai duta, yang bertanggungjawab menjalankan promosi di media sosial.

Beliau juga mengakui terkejut apabila syarikat tersebut kini terpalit dengan siasatan pihak berkuasa.

Saya hanya menjalankan tugas sebagai duta. Saya tak terbabit dengan hal lain. Malah, selama ini saya happy sebab tak pernah ada masalah.

Selain itu, beliau turut menafikan dakwaan kononnya menerima bayaran sehingga RM400,000 untuk peranannya sebagai duta.

Alangkah bertuahnya kalau saya dapat wang sebanyak itu. Saya tak mahu cerita, tapi saya nafikan perkara itu.

SPRM tumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram 

Terdahulu, nama Jalaluddin disebut-sebut sebagai antara selebriti yang bakal dipanggil dalam siasatan SPRM menerusi operasi Ops Sky.

Difahamkan, operasi ini adalah usaha SPRM untuk menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank.

Selain Jalaluddin, dua lagi selebriti yang turut menjadi duta syarikat itu ialah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Ziana Zain.

#OhmediaNasihat

Sebagai selebriti atau individu berprofil tinggi, penting untuk berhati-hati dalam menerima tawaran perjanjian agar tidak terlibat secara tidak langsung dalam sebarang kontroversi. 

Semoga segala siasatan dapat dijalankan dengan adil dan telus.


Scroll to Top