Penyanyi Ziana Zain enggan memberikan komen susulan laporan berhubung beberapa selebriti terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Memetik Harian Metro, Ziana bagaimanapun berkata dia memahami tugas media untuk mendapatkan penjelasannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
BACA: “Jangan Hakimi Puteri Sarah Sebab Awak Bukan Dalam Kasut Dia” – Ziana Zain
“No (tiada) komenlah sayang, kak Gee no komen sayang. Kak Gee menyanyi saja sayang,” katanya.
Terdahulu, SPRM mengesahkan pihaknya akan memanggil beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Menurutnya, selebriti terbabit akan dipanggil minggu depan untuk membantu siasatan.
Difahamkan selebriti yang menjadi duta dilaporkan menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit.
SUMBER: Harian Metro