Bengkel terbakar, 15 kenderaan musnah

Bengkel terbakar, 15 kenderaan musnah

am@hmetro.com.my

Kepala Batas: Sebanyak 15 kenderaan termasuk motosikal di bengkel membaiki kereta di Kampung Lahar Ikan Mati, Jalan Dato Haji Abdullah Ahmad Badawi, di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dengan bantuan BBP Bertam serta Tasek Gelugor ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7.11 pagi berhubung insiden berkenaan.

Katanya, sebaik tiba didapati kebakaran membabitkan bengkel membaiki kereta dengan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 80 peratus.

“Kebakaran turut membabitkan 15 kenderaan iaitu 14 kereta dan sebuah motosikal serta alat perkakasan bengkel dan mesin.

“Terdapat seorang mangsa lelaki (ahli keluarga pemilik bengkel) berusia 63 tahun mengalami kecederaan melecur tahap satu pada anggota badan semasa keluar untuk menyelamatkan diri.

“Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke hospital terdekat untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top