Dituduh Hamil Sebelum Kahwin, Ini Respons Syasya Rizal: “See You At Padang Mahsyar”

Dituduh Hamil Sebelum Kahwin, Ini Respons Syasya Rizal: “See You At Padang Mahsyar”

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal kesal apabila ada seorang individu tidak bertanggungjawab mendakwa dirinya hamil sebelum mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian di platform X, individu tersebut mendakwa Syasya terpaksa keluar daripada kumpulan Dolla kerana ketika itu sedang hamil dan terpaksa berkahwin.

“Jadi, Syasya mengandung semasa dia meninggalkan Dolla dan perlu mengahwini ayah kepada bayi itu,” katanya.

Tidak berdiam diri, Syasya tampil membidas komen tersebut dengan nada sinis dan bersahaja mengajak individu mulut celupar itu berjumpa di padang mashyar.

“Good fitnah. Jumpa di padang Mahsyar,” katanya ringkas.

Sekadar info, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah pada 20 April 2024 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.

Artikel Berkaitan: Pilih Nama Muhammad Yassir Hayyan, Syasya Rizal Selamat Bersalin Anak Sulung

Scroll to Top