Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan memaklumkan memaklumkan dia akan melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sekiranya masih belum hamil secara semula jadi dalam tempoh empat bulan lagi.
Memetim laporan Harian Metro, Elizabeth atau lebih mesta disapa sebagai Lizzy itu berkata dia tidak pernah berputus asa untuk menimang cahaya mata selama dua tahun lalu.
“Saya tidak pernah putus asa untuk mendapat anak kerana usia pun akan mencecah 32 tahun tahun ini.
“Kalau boleh saya rancang untuk dapat dua anak sebelum usia 35 tahun. Pada masa sama, ayah sudah tua dan jika apa-apa berlaku padanya, saya mahu ayah dapat tengok cucunya.
“Suami pun setuju untuk kami buat rawatan IVF itu,” katanya.
Sementara itu, Lizzy juga berkata dia sudah melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) sebanyak dua kali, namun gagal pada tahun lalu.
“Saya juga banyak mengambil rawatan hormon dan suntikan ketika itu. Malah, saya juga perlahankan aktiviti seni selama setahun dalam usaha untuk mendapat anak tetapi masih tidak berjaya.
“Jadi tahun ini, saya juga mahu mencuba rawatan akupuntur pula ini kerana cadangan daripada pengurus kerana ada rakannya yang berjaya dapat anak selepas rawatan itu,” katanya.
Sebelum ini, pelantun lagu Knock Knock ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Sekadar info, Elizabeth berkahwin dengan pilihan hatinya, Dr Siew pasa 21 Mac 2021.
Sumber: Harian Metro