Polis siasat kes sunting gambar wanita, dijual RM18 sekeping

Polis siasat kes sunting gambar wanita, dijual RM18 sekeping

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan berkaitan seorang wanita warga tempatan yang mendakwa gambarnya disunting dalam keadaan tidak berpakaian sebelum dijual di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada 4.13 petang, Isnin lalu.

“Wanita berkenaan mendakwa gambarnya disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dimuat naik di satu aplikasi laman sosial dan dijual RM18 sekeping

“Pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top