Skinville Solution penaja utama AJL 39, lantik Aaron Aziz sebagai Ahli Lembaga Penasihat

Skinville Solution penaja utama AJL 39, lantik Aaron Aziz sebagai Ahli Lembaga Penasihat

Kuala Lumpur: Skinville Solution Sdn Bhd, syarikat induk kepada jenama penjagaan kulit terkenal JardinPeau melantik pelakon dan usahawan terkenal, Datuk Aaron Aziz, sebagai Ahli Lembaga Penasihat.

Malah, ia juga memperoleh gelaran Penaja Utama untuk Anugerah Juara Lagu 39 (AJL 39), anugerah muzik paling berprestij di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Skinville Solution, Fadullah Izham berkata, pihaknya berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Aaron ke Lembaga Penasihat Skinville Solution.

“Kepakaran dan pengaruh beliau yang besar akan menjadi aset yang sangat bernilai dalam membimbing pertumbuhan strategik syarikat serta memperkukuhkan kedudukan jenama JardinPeau.

“Penajaan Utama AJL 39 ini adalah satu pencapaian besar dalam usaha kami menjadikan JardinPeau sebagai jenama penjagaan kulit terkemuka di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

JardinPeau, yang terkenal dengan formulasi penjagaan kulit inovatif menggunakan bahan terkini seperti Salmon DNA, RejuveNAD, dan PhytoCellTec Apple Stem Cell, telah meraih pengiktirafan besar dengan memenangi anugerah berprestij seperti The BrandLaureate SME Best Brand Award dan The Highlighter Beauty Award oleh Kuala Lumpur International Beauty Week (KLIBW).

Sementara itu, Aaron berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama yang dijalin.

“Saya telah menggunakan JardinPeau dalam rutin penjagaan kulit saya dan amat terpesona dengan hasilnya.

“Saya sangat teruja dengan kerjasama ini dan penajaan kami dalam AJL 39.

“Saya percaya JardinPeau mempunyai potensi besar untuk menjadi jenama penjagaan kulit terkemuka di Malaysia, dan saya berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top