Elyana Melawat Siti Bainun Di Penjara, Makin Cantik & Tenang

Elyana Melawat Siti Bainun Di Penjara, Makin Cantik & Tenang

Penyanyi Elyana berkongsikan dia bersama keluarga melawat pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun di Penjara Kajang semalam.

Menerusi perkongsiannya itu, Elyana dia menunaikan permintaan Bainun untuk melawatnya di penjara dan emosinya bercampur baur bertemu dengan wanita tersebut.

BACA: Elyana Sound Netizen Sindir Isu Buka Tudung

“Hari ini saya sekeluarga dapat melawat Siti Bainun. Hati ini berbunga-bunga bila abangnya beritahu, Enon nak berjumpa saya sekeluarga.

“Alhamdulillah,permintaan Enon sudah saya tunaikan. Sebenarnya dari awal saya menunggu peluang ini. Terima kasih tolong kakak.

“Perasaan bercampur-baur saat pertama kali bersua muka tadi. Hiba yang tak dapat saya gambarkan. Seorang yang berjiwa besar dan banyak berjasa kini terpisah dengan dunia luar,” katanya.

Sementara itu, Elyana menyifatkan apa yang dilalui oleh Bainun adalah ujian buatnya serta berkongsikan keadaan wanita itu yang tenang dan semakin cantik.

“Ini semua ujian untuk menaikkan darjat Enon di akhirat nanti. Semoga Enon semakin kuat untuk dugaan yang amat besar ini.

“Terubat rindu dapat bercakap dengan Enon. Walaupun terpisah dengan cermin, tetapi kami berbual seperti biasa. Kadang menangis, kadang ketawa, semuanya positif. Beliau sangat tenang dan makin cantik!,” katanya.

Dalam pada itu, Elyana berkata Bainun turut bimbangkan kesihatan dirinya serta kini ditugaskan menghasilkan produk sejuk beku oleh pihak penjara.

“Enon bagitahu kat dalam penuh dengan aktiviti setiap hari. Dia diberikan tugas untuk buat makanan “frozen”. Cucur badak dia sedap kak!”

“Saya cakap tak apa, sebelum balik nanti akak beli segala mak nenek frozen tanda support penghuni yang sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik lagi. Yang diluar sini pun belum tentu lagi semua baiknya. Hanya kerana Allah masih menyimpan Aib kita,” katanya.

SUMBER: Sinar Harian


Scroll to Top