Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Terbuka India

Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Terbuka India
Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Terbuka India

Soon Huat (kiri) dan Shevon menewaskan pasangan Jepun untuk mara ke suku akhir Terbuka India di New Delhi. – Foto Agensi

AKSI pasangan suami isteri, Goh Soon Huat dan Shevon Lai ‘kian menjadi’ apabila meraih slot suku akhir Terbuka India di New Delhi.

Kejayaan gandingan nombor empat dunia itu hadir selepas menumpaskan Yuta Watanabe-Maya Taguchi pada pusingan kedua sebentar tadi.

Kemenangan tersebut bagaimanapun bukan diraih dengan mudah apabila Soon Huat-Shevon dipaksa bekerja keras sehingga ke set ketiga.

Bermula positif pada set pertama apabila menang 21-10, namun pasangan dari Jepun itu bangkit 19-21 untuk melanjutkan permainan ke set penentuan.

Pengalaman memisahkan mereka, Soon Huat-Shevon menoktahkan kemenangan 21-16 dalam tempoh 59 minit permainan.

Menanti mereka dalam saingan suku akhir ialah pilihan kelima kejohanan, Yang Po Hsuan-Hu Li Fang atau beregu tuan rumah, Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh.

Sebagai rekod, slot suku akhir itu mengulangi pencapaian mereka pada kejohanan berstatus Super 750 tersebut pada musim lalu.

Scroll to Top