Dubai: Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi viral di media sosial selepas menolak pengawal keselamatan untuk menandatangani jersi dan bola milik seorang kanak-kanak.
Bintang Portugal yang akan berusia 40 tahun pada bulan depan hadir ke Anugerah Globe Soccer di Dubai pada Disember lalu, di mana beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Timur Tengah serta Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman.
Rakaman kini tular menunjukkan Ronaldo dihampiri oleh seorang budak lelaki yang memegang jersi bola sepak, bola dan pen sambil dia duduk di kerusinya semasa majlis itu.
Kanak-kanak itu segera dikesan oleh seorang anggota keselamatan yang bergegas untuk cuba menghalangnya daripada mendekati Ronaldo.
Namun, Ronaldo dengan cepat mengisyaratkan pengawal keselamatan untuk pergi dan mengambil pen dari budak itu sebelum menandatangani bola dan jersinya.
Kanak-kanak terbabit, yang kelihatan agak gementar apabila bertemu dengan hero kegemarannya, kemudian dilihat cuba berlari pergi tanpa mengambil pen.
© New Straits Times Press (M) Bhd