Usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli nampaknya masih belum bersedia menerima menantu.
Menurut Kak KM, anak-anaknya yang kini berusia 21 dan 19 tahun masih perlu memperbaiki sikap sebelum memikirkan soal perkahwinan.
“Kemas bilik pun tak pandai, jangan berangan nak kahwin!”- Kak KM.
Menerusi siaran langsung yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok pada Rabu, Kak KM meluahkan pandangannya tentang tanggungjawab anak-anak sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Tak nak, aku belum lagi terima menantu. Belum lagi masanya. Anak-anak saya, Nabila tahun ni umur 21 dan Faris umur 19.
Tak sesuai lagi nak berumah tangga atau menggelabah. Masing-masing tak boleh. Macam Nabila, kemas bilik pun tak pandai. Faris, bercakap elok-elok dengan saya pun tak pandai.
Jangan berangan nak kahwin, kau jaga dulu tatasusila kau baru kau boleh kahwin.- Tegasnya.
Netizen setuju, puji sikap tegas Kak KM…
Kenyataan itu dibuat selepas beberapa penonton siaran langsung meninggalkan komen menawarkan diri untuk menjadi menantunya. Namun, tindakan tegas Kak KM ini menerima pujian netizen.
Ramai yang bersetuju bahawa anak-anak perlu bersikap matang dan bertanggungjawab sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Untuk pengetahuan, Kak KM bersama suaminya, Razman Ramli, mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nabila (21), Faris (19), Rania (16), dan si bongsu Cinta Carissa (4).
#OhmediaNasihat
Dalam soal perkahwinan, kematangan dan tanggungjawab adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Ibu bapa seperti Kak KM wajar dipuji kerana menekankan nilai disiplin dan kesediaan dalam anak-anak sebelum memasuki fasa penting kehidupan ini.
Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok