Plot Twist! Suami Dakwa Jadi Mangsa ‘Muay Thai’ Zahnita Wilson – “Bila Ada Yang Serang, Kita Perlu Defensif”

Plot Twist! Suami Dakwa Jadi Mangsa ‘Muay Thai’ Zahnita Wilson – “Bila Ada Yang Serang, Kita Perlu Defensif”

“Sebenarnya yang mengganas itu adalah dia (Zahnita),” demikian pendedahan mengejutkan suami pelakon dan model, Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor yang mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menepis tuduhan memukul isterinya, Abdul Zackery memaklumkan dia hanya mempertahankan diri daripada perbuatan ganas isterinya, selain turut mendakwa terpaksa bertahan dengan permintaan Zahnita yang meminta cerai sepanjang 20 tahun berkahwin.

“Isu keganasan ini pernah menjadi pertikaian kerana yang mengganas itu adalah dia. Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya.

“Sebagai manusia sudah tentu apabila ada yang mahu menyerang, kita perlu defensif. Apabila seorang wanita berkelakuam seperti lelaki, apa lelaki itu patut lakukan,” katanya memetik laporan mStar.

Mengulas lebih lanjut, Abdul Zackery mendedahkan pergaduhan antara mereka sering berlangsung pada November lalu selepas Zahnita membuat keputusan untuk menyewa luar tanpa pengetahuannya.

“Saya dapat tahu dia menyewa kediaman lain berhampiran kawasan rumah kami apabila saya tanya dia terus meleting serta memarahi saya.

“Dia kata mahu mempertahankan bisnes dan tak boleh duduk bersama saya sebab sering memukulnya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Mata Lebam, Hantaran Terbaharu Zahnita Cetus Spekulasi – “Kena Ab*se Ke?”

Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Syukur Dapat Perintah Perlindungan Interim, Nekad Tuntut Cerai Secara Fasakh

Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Akui Berdepan Halangan Bertemu Anak-Anak Termasuk Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing

Sumber: mstar

Scroll to Top