AGM PHKL: Barisan calon baharu tekad bawa transformasi

AGM PHKL: Barisan calon baharu tekad bawa transformasi
AGM PHKL: Barisan calon baharu tekad bawa transformasi

Barisan calon yang akan bertanding sempena AGM PHKL pada Sabtu ini. Gambar Kecil: Megat Shahriman

MESYUARAT Agung Tahunan (AGM) Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) pada Sabtu ini bakal menyaksikan pertandingan yang akan memantapkan lagi hala tuju badan induk hoki ibu kota tersebut pada masa depan.

Malah, tiga hari sebelum AGM PHKL menyaksikan pencalonan baharu dalam setiap posisi bermula jawatan presiden disandang I Vikneswaran bakal dicabar Presiden HockAcademy, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin.

Perebutan kerusi nombor satu PHKL ini dijangka sengit dengan Vikneswaran akan mempertahankan jawatannya manakala Megat Shariman berusaha kembali seperti dilakukan pada penggal 2019-2022.

Sementara itu, Megat Shahriman menyuarakan yang barisan baharu dicalonkan dalam AGM kali ini bersedia untuk melakukan perubahan lebih positif dalam PHKL.

“Kami mempunyai beberapa perancangan yang akan diberi tumpuan antara yang paling penting mengembalikan pembangunan pemain atau bakat baharu termasuk juga untuk pengadil dan barisan teknikal.

“Sudah tentu infrastruktur juga akan diberi perhatian selain memastikan hubungan lapisan komuniti terus erat.

“Selain program-program sosial, akan diketengahkan juga aktiviti bersama ahli-ahli gabungan.

“Dan yang paling penting juga adalah untuk melihat liga-liga di sekolah Kuala Lumpur dalam semua kategori peringkat umur, selain akan menganjurkan kejohanan liga dan sosial bagi kategori veteran antara kelab antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, jawatan timbalan presiden pula akan menyaksikan Muhamad Fariz Mustafa bakal berdepan dengan Joherman Amir dan Datuk Rosal Azimin Ahmad.

Pencalonan naib presiden juga turut menjadi tumpuan adalah Ajitpal Singh, Razalee Yahya,Wong Khee Hon bakal berdepan dengan tujuh lagi pencalonan lain.

Pencalonan naib presiden (wanita) pula menyaksikan Zaidatul Syukriyah Abd Malik berdepan dengan Hebzibah Sudin.

Jawatan setiausaha pula dua nama menjadi tumpuan Sukhji Singh berdepan dengan Vignesvaran Suppiah.

Sementara itu, jawatan bendahari juga menyaksikan dua nama pencalonan iaitu Muhamed Zubir Abdul Razak dan Datuk Hasry Sham Chasmen.

Scroll to Top