10 tahun tinggalkan universiti, Uyaina Arshad seronok belajar di Oxford

10 tahun tinggalkan universiti, Uyaina Arshad seronok belajar di Oxford

Usai 10 tahun meninggalkan Universiti Malaya (UM), pelakon dan pengacara Uyaina Arshad seronok belajar di Oxford, anggap peluang datang ke sana bagi menyambung kembali dunia akademiknya sebagai sebuah proses pembelajaran semula.

Pengacara berusia 32 tahun itu kelihatan sungguh teruja dapat kembali semula ke dewan kuliah dan turut mengakui bahawa alam pembelajaran sangat menyeronokkannya.

 Uyaina Arshad seronok belajar di Oxford

Instagram will load in the frontend.

==

Minggu yang sibuk dan padat, tetapi saya seronok!

Uyaina Arshad seronok belajar di Oxford

Foto: Instagram @uyainaarshad

“Minggu yang sangat sibuk dan padat sekali dengan kelas dari pagi sehingga petang.
“Tidak menyangka dapat kembali ke kelas akan menjadi seseronok ini,” tulis Uyaina di laman Instagram miliknya.

Terima banyak DM netizen mengenai akademik

Menerusi perkongsiannya, Uyaina turut memuat naik sebuah hantaran menjawab persoalan-persoalan warganet mengenai kos apa yang diambilnya di sana berserta yuran pengajiannya.

Uyaina Arshad seronok belajar di Oxford

Ibu dua cahaya mata itu turut menyatakan bahawa dia mengambil jurusan kursus pendek sahaja di Universiti Oxford berkenaan.

Datang ke Oxford, saya bukan sekadar belajar

Uyaina memaklumkan bahawa proses menyambung akademiknya kali ini bukan sekadar untuk menimba ilmu semata-mata tetapi melibatkan sekali proses pembelajaran semula.

Walaupun mendapat kekangan dengan jadual kelas yang padat, namun pelakon tersebut tetap bersemangat untuk memperkayakan dirinya dengan ilmu-ilmu baru.

Uyaina Arshad seronok belajar di Oxford

“Datang ke Oxford, saya bukan sekadar belajar, tetapi juga “unlearn” apa yang saya sangka saya tahu sebelum ini.
“Dan bila saya balik ke Malaysia nanti, saya rasa nak hadiri banyak lagi kelas,” ujarnya.

Doakan anak dapat datang ke Oxford sambung belajar

Uyaina turut mendoakan agar anak sulungnya, Raja Urhan akan dapat menyambung pembelajarannya kelak di universiti yang sama.

Malah Uyaina berharap agar kunjung waktu itu, dia dan suaminya pula akan menghantar anak lelaki mereka ke kelas.

Uyaina Arshad seronok belajar di Oxford

“Semoga suatu hari nanti, Raja Urhan akan dapat belajar di University of Oxford. Amin.
“Waktu tu nanti, Mama Babah pulak yang hantar Urhan pergi sekolah,” tulisnya girang.

Artikel lain: Bakal terbang ke London, Uyaina Arshad dan suami sambung belajar di Oxford

Terdahulu, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad menyatakan bahawa dia akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program selama satu minggu.

Uyaina merupakan alumni graduan Fakulti Undang-Undang UM namun tidak meneruskan untuk menjadi peguam kerana menyertai program Pencarian Nona Manis sewaktu tahun akhir pengajian.

Sumber: Instagram @uyainaarshad

Scroll to Top