Anak-Anak Tak Beri Rita Rudaini Kahwin Lagi

Anak-Anak Tak Beri Rita Rudaini Kahwin Lagi

Gelagat anak-anak kepada pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian apabila tidak membenarkan ibu mereka untuk berkahwin lagi.

Difahamkan, perkara itu dikongsikan oleh Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ketika ibunya membacakan soalan daripada peminat ketika siaran langsung di TikTok.

Mendengar jawapan kedua-dua anaknya itu, Rita berkata dia tidak akan berkahwin lagi kerana mahu hidup bersama kedua-dua mereka.

“Hah dengar itu korang. Mommy tak akan kahwin lah sebab mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik,” katanya.

Perkongsian Rita serta anak-anaknya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat anak-beranak itu saling berpelukan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar keluarga itu terus bahagia dan berharap apabila mereka dewasa kelak akan terus menjaga pelakon itu sehingga hari tua.


Scroll to Top