Hafidz Roshdi, Athira bakal timang cahaya mata?

Hafidz Roshdi, Athira bakal timang cahaya mata?

Tiba-tiba hinggap berita mengenai pasangan ini yang pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air menerusi kontroversi cinta tiga penjuru yang mana hujung ceritanya menyaksikan keruntuhan rumah tangga antara Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Kini bergelar suami isteri, kehidupan Hafidz dan pasangannya, Athira Yuhada nampaknya bakal semakin meriah terutama apabila wanita itu khabarnya kini sudah berbadan dua.

Makna kata, Hafidz bakal menimang cahaya mata ketigalah sementara Athira pula mungkin sedang teruja menanti kehadiran cahaya mata sulungnya itu tidak lama lagi.

Sebelum ini, kalau Cik Bunga tak silap, Athira pernah ditanya oleh pemberita mengenai kehamilannya, namun enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu.

Terbaharu, apabila ada rakan industri yang hadir menyaksikan program Permata Seni Koir (program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara) baru-baru ini, mereka beritahu Cik Bunga perut isteri pelakon tersebut nampaknya sudah semakin membesar dan mustahil sungguh jika kedua-dua mereka masih enggan memberi pengesahan mengenai hal itu kepada umum.

Nampak macam sudah sarat, namun isteri pelakon tersebut yang juga merupakan tenaga pengajar Permata Seni Koir dilihat masih aktif dengan kerjayanya itu.

Tak mengapalah, kalau benar mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, kita doakan sahaja agar segala urusan mereka dipermudahkan-Nya.

Mungkin setelah apa yang terjadi (kontroversi) masing-masing lebih memilih untuk bersikap ‘low profile’, tak mahu mencanang kepada orang tentang hal peribadi.

Tetapi sudah namanya hidup dalam dunia artis, tak mungkinlah perihal kehidupan peribadi tidak diintai orang bukan? Sendiri kena fahamlah.

Scroll to Top