Tindakan pihak penganjur batal konsert saat akhir sehingga membuatkan mereka yang membeli tiket serta deretan artis dalam dan luar negara yang sepatutnya membuat persembahan kecewa dengan pengumuman tersebut.
Mana tidaknya, pembatalan berkenaan dilakukan beberapa jam sebelum konsert secara festival itu berlangsung selama satu hari pada Sabtu 21 Disember 2024.
Penganjur batal konsert, netizen siap2 korek ‘kisah silam’
Disebabkan tular kenyataan media pembatalan serta pemohonan maaf oleh penganjur, netizen telah memulakan ‘kerjanya’ dengan ‘mengorek’ keputusan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pengasas jenama baju yangdipercayai bertanggungjawab terhadap festival muzik tersebut.
Hal ini disebabkan tindakannya yang menyertakan sekali nombor kad pengenalan pada kenyataan media dikeluarkan di Instagram tempoh hari.
Artikel lain: Konsert Mawi ditunda hingga Julai 2025, netizen dakwa tiket tak laku?
Netizen dedah result trial SPM penganjur yang batal konsert
Ramai terkejut apabila keputusan diperoleh sewaktu percubaan SPM untuk beberapa subjek teras yang diambil hanya mendapat gred yang memuaskan.
Dapat dilihat subjek yang diambil seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Prinsip Akaun memperoleh gred G dan gred tertinggi sewaktu peperiksaan tersebut adalah C+.
Subjek BM percubaan pun dapat C?
Susulan daripada pendedahan tersebut, ramai yang mempertikaikan bagaimana individu dengan keputusan yang kurang cemerlang dan masih muda mampu menganjurkan festival muzik yang dilihat cukup memakan modal.
Walaupun sedar mungkin perniagaan yang diasaskan memperolehi keuntungan, namun tindakan membatalkan konsert beberapa jam sebelum berlangsung sangat keterlaluan.
Teruknya keputusan tu
Ni memang tak belajar langsung ke macam mana?
Kalau result macam ni pun ranking masih bawah 100, yang selebihnya macam mana?
Netizen laju buat kerja
Terdahulu, satu festival muzik yang sepatutnya berlangsung di MAEPS Serdang telah dibatalkan secara mengejut sedangkan beberapa artis sudah melakukan ‘soundchek’.
Difahamkan, pembatalan konsert terbabit adalah disebabkan kekurangan dana dan pihak penganjur tidak menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan dakwaan tersebut.