102 pelarian Rohingya naik bot pukat tunda diselamatkan

102 pelarian Rohingya naik bot pukat tunda diselamatkan

Colombo: Tentera laut Sri Lanka dalam satu kenyataan pada 20 Disember memaklumkan sudah menyelamatkan 102 pelarian Rohingya dari Myanmar dalam bot pukat tunda di luar pantai negara itu.

Kumpulan pelarian itu termasuk 25 kanak-kanak, kemudiannya dibawa ke pelabuhan Trincomalee dekat timur Sri Lanka,

Jurucakap tentera laut berkata, makanan dan minuman juga sudah disediakan buat pelarian berkenaan.

“Pemeriksaan perubatan perlu dilakukan sebelum mereka dibenarkan turun,” kata jurucakap itu.

Etnik Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam dianiaya teruk di Myanmar.

Ribuan mempertaruhkan nyawa setiap tahun dalam perjalanan laut yang panjang.

Majoritinya menuju ke arah tenggara iaitu Malaysia atau Indonesia.

Dalam kejadian terbaru, nelayan ternampak bot pukat tunda di luar pantai utara Sri Lanka di Mullivaikkal, pada awal pagi 19 Disember lalu.

Ia bukanlah bot pertama yang menuju ke Sri Lanka, kira-kira 1,750 kilometer (km) merentasi laut terbuka di barat daya Myanmar.

Menurut rekod, tentera laut Sri Lanka menyelamatkan lebih 100 pelarian Rohingya dalam kesusahan di atas bot di luar pantai negara itu, pada Disember 2022.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top