Ditegur PU Syed Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna Teknologi AI, Nora Ariffin Berlapang Dada – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”

Ditegur PU Syed Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna Teknologi AI, Nora Ariffin Berlapang Dada – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”

“Saya ambil maklum teguran itu,” demikian respons penyanyi, Datuk Nora Ariffin yang berlapang dada menerima teguran daripada pendakwah bebas, PU Syed berhubung isu menyanyi bersama Allahyarham suaminya, Johan Nawari menerusi penggunaan video teknologi kecerdasan buatan (AI) pada Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey, Rabu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, pelantun lagu Di Persimpangan Dilemma ini terbuka menerima teguran serta akan lebih berhati-hati.

“Saya ambil maklum teguran pihak tertentu berkaitan penggunaan video AI.  Insya-Allah saya dan pasukan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.  Terima kasih atas teguran itu,” katanya.

Sebelum ini, menerusi sebuah video di TikTok PU Syed menjelaskan bahawa perbuatan menggerak-gerakkan gambar tanpa tujuan yang baik adalah tidak dibenarkan syarak apatah lagi dengan tujuan untuk menyanyi, selain boleh mendatangkan keaiban kepada arwah.

Justeru, PU Syed berharap agar pelantun lagu Hanyalah Satu itu mengambil iktibar daripada perkara ini sekaligus diminta untuk menjaga hati suaminya kini.

Artikel Berkaitan: Berduet Bersama Arwah Suami Guna Teknologi AI, PU Syed Tegur Nora Ariffin – “Ia Mendatangkan Keaiban & Tak Dibenarkan Syarak”

Artikel Berkaitan: Elak Kesihatan Mental Terjejas, Nora Ariffin Jumpa Psikiatri Sejak 6 Bulan Lalu

Artikel Berkaitan: Anak Tiri Nora Ariffin Meruntun Jiwa, Kongsi Gambar Ibu Bapa – “Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang”

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top