Didakwa Hamilkan Anak Dara Orang, Lelaki Cedera ‘Dibantai’ Keluarga Kekasih | Oh! Media

Didakwa Hamilkan Anak Dara Orang, Lelaki Cedera ‘Dibantai’ Keluarga Kekasih | Oh! Media

Seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa dirinya dikurung, dipukul, dan melecur akibat ditekap dengan seterika panas oleh ahli keluarga teman wanitanya.

Lapor Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku di Kampung Merotai Besar, Tawau Sabah pada Khamis lalu. Pada awalnya, mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada teman wanitanya memaklumkan dia sedang mengandung.

Lelaki dikurung selepas didakwa hamilkan kekasih

lelaki

Keesokan harinya, teman wanitanya sekali lagi menghantar mesej memintanya datang ke rumah. Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, sebaik tiba di rumah, mangsa diarahkan masuk ke bilik dan mendakwa dikurung oleh bapa teman wanitanya.

Situasi bertambah buruk apabila abang teman wanitanya didakwa memukul mangsa dengan kepala tali pinggang dan menumbuk di kepala.

Malah, mangsa turut diancam dengan pedang samurai, sementara teman wanitanya sendiri didakwa menekap seterika panas ke lengan mangsa, menyebabkan kecederaan melecur.

Berjaya larikan diri dan lapor polis

lelaki kurung

Laporan polis berjaya dibuat selepas mangsa melarikan diri dengan memecahkan tingkap bilik dan mendapatkan bantuan orang awam.

Polis kemudian menahan tiga suspek, termasuk bapa, abang, dan teman wanita mangsa. Barang-barang seperti seterika, telefon bimbit, dan pedang samurai dirampas sebagai bahan bukti.

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan sengaja dan membuat ugutan jenayah. Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai.

#OhmediaNasihat

Walau apa pun berlaku, elakkan mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri. Keganasan bukanlah jalan penyelesaian dan boleh mengundang akibat buruk kepada semua pihak.


Scroll to Top