PATRICK NG menunjukkan menu halal yang disedikan Restoran Cina Tung Yuen, Mardhiyyah Hotel & Suites sempena Tahun Baharu Cina.
SELARAS dengan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Mardhiyyah Hotel & Suites melalui restorannya, Restoran Cina Tung Yuen menawarkan menu halal sempena Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Cef Restoran Cina Tung Yuen, Patrick Ng berkata, pada tahun ini pihaknya memilih tema masakan tradisional ala kampung untuk sambutan tahun baharu yang bakal disambut pada 29 Januari.
âKita buka tirai Tahun Baharu Cina dengan mengalu-alukan semua pengunjung untuk menyambut perayaan yang makmur ini dengan sesi makan besar di Mardhiyyah Hotel & Suites.
âYee Sang atau loh sang iaitu acara melambung isi Yee Sang turut disediakan melalui empat pakej iaitu Yee Sang Vegetarian Istimewa, Colorful Jelly Fish Yee Sang, Lucky Salmon Fish Yee Sang dan Prosperity Abalone Yee Sang bermula dengan harga RM52.
YEE SANG dan antara menu halal yang ditawarkan Mardhiyyah Hotel & Suites sempena Tahun Baharu Cina.
âKami turut menyediakan set Pre Chinese New Year Appreciation bermula 6 Januari hingga 27 Februari, makan malam Tahun Baharu Cina pada 28 Januari dan Chinese New Year Prosperity pada 29 Januari hingga 28 Februari,â jelasnya.
PATRICK NG (enam dari kanan) bersama Timbalan Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites, Munirah Mohamed Rafik (lima dari kanan) ketika melakukan gimik melambung isi Yee Sang.
Tambahnya, menu yang ditawarkan termasuk Double Boiled Chicken Soup with Mushroom, Cordyceps Flower and Black Garlic, Thai Mango Shredded Chicken Meat and Roasted Chicken dan Steamed Red Garoupa with Roast Golden Garlic and Abalone Sauce.
Semua menu yang disediakan adalah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Orang ramai yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan awal dan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang www.mardhiyyahhotel.com atau media sosial Mardhiyyah Hotel & Suites.